Pada suatu ketika, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, "Siapakah yang paling luar biasa imannya?"
Para sahabat menjawab, "Malaikat, ya Rasulallah."
Balas Rasulullah, "Sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah." Seketika terdiam para sahabat, dan menjawab lagi, "Para nabi, ya Rasulallah."
Rasulullah berkata, "Para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah."
Para sahabat mencuba lagi, "Kalau begitu, kamilah yang paling beriman."
Jawab Rasulullah, "Aku berada di tengah-tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman."
Lalu, salah seorang daripada sahabat berkata, "Kalau begitu, Allah dan Rasul-Nya sahajalah yang mengetahui."
Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata, "Mereka adalah umat yang
hidup selepas aku. Mereka membaca al-Quran dan beriman dengan isinya.
Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang
yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka
yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku."
Rasulullah diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih, "Sesungguhnya, aku rindukan mereka...."
berselawatlah..tanda kita membalas rindu Baginda Rasulullah S.A.W
Salam Maulidur Rasul kepada smua yg berkunjung ke blog mia..sempena mlm mulia iaitu kelahiran satu-satunya junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W ni..jom kte baca skit biodata Rasulullah S.A.W kta...
sila klik gmbar ye :)
Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan
orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah
orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku
benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak
bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa
bangga dengan kesombongannya." Para sahabat bertanya lagi, "wahai
Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan
orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak
angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan
kesombongannya? Jawab Rasulullah "ialah orang yang takbur."
(Riwayat
at-Tarmizi)
1. Orang yang berakhlak mulia adalah orang yang paling dikasihi
oleh Rasulullah dan diberi tempat yang paling dekat dengan baginda di
hari kiamat nanti.
2. Bercakap-cakap kosong atau
perkara-perkara yang sia-sia dan membuat fitnah adalah perbuatan yang
dilarang oleh agama kerana ia tidak mendatang apa-apa kebaikan bahkan
bakal mengundang azab di hari akhirat kelak.
3. Islam juga
melarang umatnya bersifat membangga diri dan memandang rendah serta
menghina orang lain tetapi hendaklah bersifat tawaduk dan rendah diri
demi menjaga hati dan perasaan orang lain.
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia
akan melaungkan azan, mengakui ‘Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah,
dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.’
Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan
ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik
masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan
Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T dan Nabi Muhammad
S.A.W.
Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan
masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1- 1/2 jam. Belum pun
laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di-Malaysia.
Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan
di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.
Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar
dibarat India. Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi
dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan. Belum
berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di- Afghanistan dan
Muscat.
Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam
jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah,
Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.
Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur
Atlantik adalah 9-1/2 jam.
Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur
kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap
waktu sembahyang, tidak putus- putus.
Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!
Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power
habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-
putus.
congrats n Alhamdulillah to dearest cousin...the preparation and the big day was a blast for me..dah lame tk sibuk2 mingle2 ngn sepupu sepapat...lame btul tk jmpe..
mia diberi kepercayaan utk conteng2 inai kt tgn pengantin..hehehe...