February 28, 2013

when i'm inspire-less

sebagai crafter yg tak berapa nak kreatif ni kan...kadang2 ada masa2 kta cam tandus idea...
so nak dpt ilham dgn sendiri tu mmg jarang sgt lah..even designer pun buat research utk create idea baru..huhuh..cuma bergantung pada kita sama ada utk ciplak bulat2 idea org atau jadikan inspirasi..
 macam mia..mia suka bukak blog2 crafter tk kira la local atau international..bila belek2 blog org ni,mia dpt rs mcm satu semangat nak crafting..so mula la kepala otak ni kluar mcm2 idea..so mia nk kongsi la skit2 blog ape yg mia slalu belek bila nk cr idea selain dr pakcik google yg setia membantu..





so, ni adalah beberapa blog yg mia slalu cekidaut bila bosan n nak cr idea hehe..those crafter newbie,yg baru nak jinak2 ngan crafting,bleh tgk blog2 ni..very inspiring..happy crafting!

February 27, 2013

Sheikh Fatih Seferagic al Hafiz


siapa Sheikh Fatih Seferagic? jom kte tgk skit biografi dia

17 tahun
berasal dari Bosnia
lahir di Jerman
tinggal di Texas,USA
Fatih mula menghafal Al-Quran ketika berusia 7 tahun dan menetap di Baltimore,Maryland
Fatih menjadi al-Hafiz ketika berusia 12 tahun di bawah bimbingan Sheikh Qari Zahid dan Qari Abid
walaupun masih bersekolah, Fatih juga mengajar Al-Quran dan menjadi ketua remaja Masjid Sheikh Yasir Birjas di Dallas
masyaAllah..amazing isnt it?? 
 







February 26, 2013

goodbye trusty scissors

My trusty scissors dh putus asa...jasamu dikenang haha.......i need a new pair...


 and owh...happy birthday to my awesome little sissy..


 well...do check out her blog


feel free to follow =)



 

February 16, 2013

a little something-something


 wedding gift for a childhood friend


first attempt :: i.d card and license holder

February 4, 2013

Kisah Selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, “Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail a.s telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril a.s: "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail a.s: "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil as: "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku TIDAK AKAN mengangkat kepalaku sehingga Allah swt mengampuni orang itu (yang berselawat)."

Malaikat Izrail a.s pula berkata: "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W ? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah
S.A.W.

Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

Bacaan selawat Nabi sangat beragam, ini adalah satu dari beragam itu.

Ya Nabi Salam Alaika Ya Rasul salam alaika Ya Habiib salam alaika Shalawatullah alaika.

Dalam Al-Qur'an Allah swt. berfirman: "Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya". (QS. Al-Ahzab: 56)

Nabi Muhammad saw. bersabda: "Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat penghening jiwa pembersih dosa bagimu." (Diriwayatkan oleh Ibnu Murdawaih)

Dari Abu Hurairah ra. diberitakan Nabi Muhammad saw bersabda: "Janganlah kamu menjadikan rumah-rumahmu sebagai kubur dan menjadikan kuburku sebagai persidangan hari raya. Bershalawatlah kepadaku, karena shalawatmu sampai kepadaku dimana saja kamu berada." (HR. An-Nasai, Abu Dawud dan Ahmad serta dishahihkan oleh An-Nawawi)

February 1, 2013

"IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013"



 Salam Jumaat smua..tgh surf2 blog td..terjumpa plak GA ni..mia nk cuba nasib lah kot2 bertuah..senang je syaratnye..jom join ramai2




 wanna join?


awesome prizes sponsored by :


byk sponsor..bykla hadiahnye..ohsem!


January 28, 2013

Siapakah yang paling luar biasa imannya?

Pada suatu ketika, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, "Siapakah yang paling luar biasa imannya?"

Para sahabat menjawab, "Malaikat, ya Rasulallah."

Balas Rasulullah, "Sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah."

Seketika terdiam para sahabat, dan menjawab lagi, "Para nabi, ya Rasulallah."

Rasulullah berkata, "Para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah."

Para sahabat mencuba lagi, "Kalau begitu, kamilah yang paling beriman."

Jawab Rasulullah, "Aku berada di tengah-tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman."

Lalu, salah seorang daripada sahabat berkata, "Kalau begitu, Allah dan Rasul-Nya sahajalah yang mengetahui."

Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata, "Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca al-Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku."

Rasulullah diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih, "Sesungguhnya, aku rindukan mereka...."
 
berselawatlah..tanda kita membalas rindu Baginda Rasulullah S.A.W

January 23, 2013

Tak Kenal Maka Tak Cinta


Salam Maulidur Rasul kepada smua yg berkunjung ke blog mia..sempena mlm mulia iaitu kelahiran satu-satunya junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W ni..jom kte baca skit biodata Rasulullah S.A.W kta...


sila klik gmbar ye :)

Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya." Para sahabat bertanya lagi, "wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah "ialah orang yang takbur." 
(Riwayat at-Tarmizi)

1. Orang yang berakhlak mulia adalah orang yang paling dikasihi oleh Rasulullah dan diberi tempat yang paling dekat dengan baginda di hari kiamat nanti.

2. Bercakap-cakap kosong atau perkara-perkara yang sia-sia dan membuat fitnah adalah perbuatan yang dilarang oleh agama kerana ia tidak mendatang apa-apa kebaikan bahkan bakal mengundang azab di hari akhirat kelak.

3. Islam juga melarang umatnya bersifat membangga diri dan memandang rendah serta menghina orang lain tetapi hendaklah bersifat tawaduk dan rendah diri demi menjaga hati dan perasaan orang lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...