December 22, 2012

cuba cuba :: flag banner


suitable for parties or baby n kids room

open for orders starting 1st january 2013

December 21, 2012

Kehebatan Doa Mengubah Takdir.....



Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Pekara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT :

"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.
"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat......
"Lalu, bagaimana
Engkau memaku bumi Wahai Rabb?" Tanya malaikat lagi.......
"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah............

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi.

Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi :

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"
"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."
"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat.
"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.
"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?" Sambung malaikat.
"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.
"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan.....

(Sumber: Hadis Kudsi)

December 20, 2012

here's to heartless people out there..


just nak share..serius mia nk nangis tgk..vdeo ni dh lame rasenye..tp still can't get over of how lovable this dog to this down syndrome child..sbg org islam.kte percaya bahawa Allah jadikan makhluknya tidak sia2..masih ada sifat ar-rahimNya dlm setiap makhluk ciptaanNya..walaupun kita haram bersentuhan dgn anjing,tp ia tetap makhluk Allah..


so..kalau kite teruk daripada ni....nk samakan dgn anjing pun tak layak..lebih rendah lg darjat dr anjing!

December 17, 2012

cuba nasib

sape ade wat GiveAway yang best2..post link kt comment box..mia rase nak join la..bosan..mane tau kot2 bernasib baik hehehe

December 16, 2012

buku resepi gedik


selamat pagiii....tkde ape nk buat so mia nk share la skit..ni mia buat cover buku resepi mia...resepi pun leh kira ngn jari kt dlm buku ni hahaha..mungkin...mungggkin...smgt skit nk masak2 lepas ni haha

December 14, 2012

Cinta Sebesar Zarah

salam Jumaat..hari ni mia bkn nak post pasal crafting,lg pun blum ade yg terbaru mia nk update kt sini..just nak kongsi satu cerita..agak menarik jgk la...sama kta ambil iktibar ye =)


***
Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahwa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun.

Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, “Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut zarah cinta
ku kepada-Nya.”

Berkata Nabi Isa a.s, “Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat zarah itu.”

Berkata pemuda itu lagi, “Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu zarah, maka kamu mintalah untukku setengah berat zarah.”

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, “Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat zarah cintanya kepada-Mu.” Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahwa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, “Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu.”

Selesai saja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, “Aku ini Isa a.s.”

Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, “Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat zarah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya.”

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.:

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al- Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur.”

*Separuh zahrah kasih sayang manusia kepada Allah bisa menjadikan kita gila kepada Sang Pencipta :')

BIAR GILA KEPADA PENCIPTA ASAL JANGAN GILA KEPADA DUNIA

December 12, 2012

a little good news on this awesome date



sempena tarikh cantik hari ni mia ade skit pengumuman

as from today 12.12.2012, 5% from your orders payment will be up for donation

kemana mia nak derma tu mia blom decide lagi..mungkin pelbagai tempat mcm rumah anak yatim, atau pun sekolah tahfiz,insyaAllah...


December 11, 2012

Baru ade mood nak update

nah, lepas 2 bulan mia biarkan blog ni tk terupdate haha...biasalah..kdg2 rase malas gak nk keep the blog up to date..so mlm ni terasa rajin plak..enjoy the photos!

mixed orders : hp cases,hp charms,card holder and....2 little pilos =)


 for sissy's friend


 for my twin nieces



custom name headband for my friend's daughter


and lastly,

PrettyDeliciousCuppies update

50 pcs of angry birds,patricks,doraemons,spongebobs cuppies









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...