January 28, 2013

Siapakah yang paling luar biasa imannya?

Pada suatu ketika, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, "Siapakah yang paling luar biasa imannya?"

Para sahabat menjawab, "Malaikat, ya Rasulallah."

Balas Rasulullah, "Sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah."

Seketika terdiam para sahabat, dan menjawab lagi, "Para nabi, ya Rasulallah."

Rasulullah berkata, "Para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah."

Para sahabat mencuba lagi, "Kalau begitu, kamilah yang paling beriman."

Jawab Rasulullah, "Aku berada di tengah-tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman."

Lalu, salah seorang daripada sahabat berkata, "Kalau begitu, Allah dan Rasul-Nya sahajalah yang mengetahui."

Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata, "Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca al-Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku."

Rasulullah diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih, "Sesungguhnya, aku rindukan mereka...."
 
berselawatlah..tanda kita membalas rindu Baginda Rasulullah S.A.W

January 23, 2013

Tak Kenal Maka Tak Cinta


Salam Maulidur Rasul kepada smua yg berkunjung ke blog mia..sempena mlm mulia iaitu kelahiran satu-satunya junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W ni..jom kte baca skit biodata Rasulullah S.A.W kta...


sila klik gmbar ye :)

Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya." Para sahabat bertanya lagi, "wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah "ialah orang yang takbur." 
(Riwayat at-Tarmizi)

1. Orang yang berakhlak mulia adalah orang yang paling dikasihi oleh Rasulullah dan diberi tempat yang paling dekat dengan baginda di hari kiamat nanti.

2. Bercakap-cakap kosong atau perkara-perkara yang sia-sia dan membuat fitnah adalah perbuatan yang dilarang oleh agama kerana ia tidak mendatang apa-apa kebaikan bahkan bakal mengundang azab di hari akhirat kelak.

3. Islam juga melarang umatnya bersifat membangga diri dan memandang rendah serta menghina orang lain tetapi hendaklah bersifat tawaduk dan rendah diri demi menjaga hati dan perasaan orang lain.

January 18, 2013

Kehebatan Laungan Azan 24 Jam di Seluruh Dunia!


Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui ‘Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.’
Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W.
Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1- 1/2 jam. Belum pun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di-Malaysia. Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.

Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India. Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan. Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di- Afghanistan dan Muscat.
Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.
Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus- putus.
Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!
Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus- putus.


*petikan dr harian metro online*

January 17, 2013

awesome DIY


morning..morning~

best kan DIY utility frame ni kan? jom buat nak?..mia pun rase nk try buat jgk..gne jeans lame2..
very nice!

January 14, 2013

Nikmat membaca Al-Fatihah



 disaat kita selesai

membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah, 

Allah menjawab setiap ucapan kita, 
maka dari itu kita disunahkan berhenti sejenak
setiap selesai membaca satu ayat.

.
Dalam Sebuah Hadits Qudsi 

Allah SWT berfirman :

"Aku membagi shalat menjadi dua
bagian, untuk Aku dan untuk
hamba-Ku".
.
Artinya, tiga ayat diatas: 

"Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in" 
adalah hak Allah, 
dan tiga ayat kebawahnya adalah 
urusan hamba-Nya.

.
Ketika Kita mengucapkan
"Alhamdulillahi Rabbil 'alamin".
Allah menjawab :"Hamba-Ku telah memuji-Ku".

Ketika kita mengucapkan 
"Ar-Rahmanir-Rahim"...
Allah menjawab : "Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku".

Ketika kita mengucapkan 
"Maliki yaumiddin"...
Allah menjawab :"Hamba-Ku memuja-Ku"
.
Ketika kita mengucapkan 
“Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in”...
Allah menjawab : “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku”.
.
Ketika kita mengucapkan
“Ihdinash shiratal mustaqiim, Shiratalladzina an’amta alaihim
ghairil maghdhubi alaihim waladdhoolliin.”...
Allah menjawab : “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku.. 
Akan Ku penuhi yang ia minta.”

(H.R. Muslim dan At-Turmudzi)
.
Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat...
Rasakan dan resapi betul-betul jawaban indah dari Allah, 
satu persatu, karena Allah sesungguhnya sedang menjawab
ucapan-ucapan kita...

Lalu ucapkanlah "Aamiin" 
dengan penuh harapan dikabulkan, sebab
malaikat pun sedang mengucapkan
hal yang sama dengan kita.
.
"Barang siapa yang ucapan
“Aamiin-nya” bersamaan dgn para
malaikat, maka Allah akan
memberikan ampunan kepada-
Nya.”.
(H.R Bukhari, muslim, Abu Dawud)

....Insya-Allah...

January 3, 2013

together or not
to me..u're still a blessing
thank Y.O.U
=)




January 2, 2013

2012 wrap up :: cuzzy's big day 291212..BarakAllah...



congrats n Alhamdulillah to dearest cousin...the preparation and the big day was a blast for me..dah lame tk sibuk2 mingle2 ngn sepupu sepapat...lame btul tk jmpe..




mia diberi kepercayaan utk conteng2 inai kt tgn pengantin..hehehe...


kaki juga - nmpk sgt hasil amatur..





~***~

the Mr. and Mrs.

~***~





 the bride's maid hiuhiu



love this part of the house

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...