Salam Maulidur Rasul kepada smua yg berkunjung ke blog mia..sempena mlm mulia iaitu kelahiran satu-satunya junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W ni..jom kte baca skit biodata Rasulullah S.A.W kta...
sila klik gmbar ye :)
Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan
orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah
orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku
benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak
bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa
bangga dengan kesombongannya." Para sahabat bertanya lagi, "wahai
Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan
orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak
angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan
kesombongannya? Jawab Rasulullah "ialah orang yang takbur."
(Riwayat
at-Tarmizi)
1. Orang yang berakhlak mulia adalah orang yang paling dikasihi
oleh Rasulullah dan diberi tempat yang paling dekat dengan baginda di
hari kiamat nanti.
2. Bercakap-cakap kosong atau perkara-perkara yang sia-sia dan membuat fitnah adalah perbuatan yang dilarang oleh agama kerana ia tidak mendatang apa-apa kebaikan bahkan bakal mengundang azab di hari akhirat kelak.
3. Islam juga melarang umatnya bersifat membangga diri dan memandang rendah serta menghina orang lain tetapi hendaklah bersifat tawaduk dan rendah diri demi menjaga hati dan perasaan orang lain.

No comments:
Post a Comment