Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia
akan melaungkan azan, mengakui ‘Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah,
dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.’
Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan
ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik
masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan
Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T dan Nabi Muhammad
S.A.W.
Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan
masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1- 1/2 jam. Belum pun
laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di-Malaysia.
Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan
di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.
Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.
Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus- putus.
Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!
Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus- putus.
*petikan dr harian metro online*
No comments:
Post a Comment